Monday, April 4, 2016

TAFSIR SURAH AL-KAHFI




INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Dr Zawawi, Surau Bangi Perdana BBBangi, 14/01/2016, Tafsir Surah Al Kahfi)
TAFSIR SURAH AL KAHFI
Ayat 19;
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَٰهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا۟ بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَٱبْعَثُوٓا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِۦٓ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَآ أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا ﴿١٩﴾
"Dan demikianlah Kami bangunkan mereka, agar di antara mereka saling bertanya. Salah seorang di antara mereka berkata, "Sudah berapa lama kamu berada (di sini)?" Mereka menjawab, "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain lagi), "Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, dan bawalah sebagian makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada siapa pun."
(Q.S.18:19)
1. Sepertimana Allah menjaga mereka dahulu, (membalik-balikkan tubuh badan, menjaga suhu dalam gua dan memelihara sinaran matahari), Allah juga membangkitkan mereka supaya mereka bersoal-jawab di antara mereka dengan bertanya tanya mengenai fizikal yang berbeza.
2. Pemuda yang tua di antara mereka bertanyakan kepada rakan-rakannya berapa lamakah mereka tidur dan mereka menjawab mungkin setengah hari atau satu hari.
3. Dalam mereka mengagak-agak, mereka berkata yang Tuhan mereka lebih mengetahui. Allahlah yang memberikan peringatan bahawa semua yang berlaku di dunia ini Allah sahaja yang mengetahui.
4. Salah seorang disuruh mengambil duit untuk ke bandar, dan disuruh memilih makanan yang bersih (halal, baik, tiada subahah dan diberkati Allah)
5. Disuruhnya membeli makanan dan di bawa balik semula ke gua dan bersikaplah dengan lembut (sifat-sifat yang dituntut oleh orang Islam)
6. Dan janganlah kamu menghebahkan diri kamu dan sekiranya mereka tahu kamu akan dicederakan atau menyuruh kamu kembali kepada agama mereka.
7. Dan seperti itu juga Allah perlihatkan kepada mereka supaya orang-orang yang hidup pada masa itu mendapat pengajaran bahawa janji Allah itu adalah benar selepas 309 tahun.
8, Tanda-tanda ini adalah satu ibrah untuk manusia bahawa kesemuanya berlaku adalah dengan kuasa Allah swt.

No comments:

Post a Comment