INTIPATI DARI MAJLIS ILMU
(Ust Rashidy Jamil, Surau AlIkhlas BBBangi, 23/01/2016, Kitab Mutiara Tasawuf)
(Ust Rashidy Jamil, Surau AlIkhlas BBBangi, 23/01/2016, Kitab Mutiara Tasawuf)
BAB :MINTALAH YANG TERBAIK DARINYA
Telah berkata Syeikh Ibnu Atho'illah didalam nya AlHikamnya :
"Sebaik-baik permintaan yang seharusnya kamu mohon dari Allah ialah kemampuan untuk melaksanakan apa apa yang Allah perintahkan kepadamu "
Sebaik-baik permohonan dan hajat iaitu memohon pada Allah swt agar dikurniakan kekuatan untuk mengerjakan ketaatan padaNya serta menjauhi cinta dunia.
Syair Arab menyebut :
"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis "
"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis "
Hajat manusia sentiasa ada disepanjang hayat mereka.
Terkadang hajat yang dipohon bukanlah satu keutamaan pun. Sebaliknya hanya permohonan yang terhasil dari kecintaan terhadap dunia berbanding akhirat yang kekal.
Sehinggakan mereka tidak mampu lagi membezakan antara keutamaan yang hakiki dan keinginan yang tidak pernah habis.
Kata Yahya bin Muaz :
"Orang mulia tidak maksiat kepada Allah swt dan orang yang bijaksana tidak akan mementingkan dunia mengatasi akhirat "
"Orang mulia tidak maksiat kepada Allah swt dan orang yang bijaksana tidak akan mementingkan dunia mengatasi akhirat "
No comments:
Post a Comment