Semasa salah satu kuliah yang saya hadiri di surau AnNur, terdapat satu nama yang diutarakan oleh Ustaz iaitu Habibun Najar...suatu nama yang saya pernah dengar...iaitu nama salah seorang anak kepada sahabat isteri saya.
Rupa-rupanya barulah saya maklum dan saya mengkagumi sahabat isteri saya itu yang faham mengenai nama-nama yang baik dalam Islam.
Kisah Habibun Najar dikisahkan didalam surah Yassin yang selalu saya membacanya tetapi tidak saya hayati apa yang menariknya ayat-ayat Allah itu. Sila ikuti surah Yaasin ayat 13 - 26.
[13]Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[18]Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu
[21]"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[26](Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
Pemuda Habibun Najar telah dimunculkan pada ayat yang ke 20 dengan ia berlari-lari memaklumkan kepada penduduk negeri itu untuk supaya beriman kepada utusan-utusan yang diutuskan tanpa meminta apa-apa dari kalangan penduduk negeri itu. Penduduk negeri itu kufur lalu tidak mahu menerima segala nasihat dari utusan-utusan Allah itu. Penduduk negeri itu bertanya adakah Habibun Najar telah beriman dengan utusan-utusan itu, maka dijawab olehnya yang beliau telahpun beriman.
Malah Habibun Najar menjelaskan pendirian akidahnya lalu penduduk negeri itu membunuhnya dan semasa ruhnya diangkat kesyurga (ayat 26) beliau menyatakan "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui"..masyallah..
Melalui kisah dari ayat ini, maka kita sebagai manusia mestilah mempunyai keinginan atau mempunyai hati untuk meningkatkan iman dan taqwa kita sambil membantu Allah dan RasulNya dalam saling memperingati antara satu dengan lain supaya dengan ini dapat meningkatkan tahap iman dan taqwa kita dimana ini diceritakan dalam ayat-ayat diatas bagaimana Habibun Najar membantu kerja dakwah utusan-utusan Allah yang akhirnya ia syahid dijalan Allah. Allahuakbar!!!
Kisah ini diceritakan semasa kuliah yang saya hadiri itu.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
19/05/2010
No comments:
Post a Comment