Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu...Hajjah Rohani Bt Sharif

Photo ibu, Hjh Rohani Sharif dan allahyarham ayah Hj Ramli Hj Ahmad
Pada kuliah maghrib 08/05/2010 bertempat disurau AnNur, Ustaz Radzi Ismail dalam kuliahnya ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW memberikan layanan istimewa kepada ibu susuannya iatu Halimatun Saadiah. Moga ia menjadi ikhtibar kepada kita semua.

Suatu ketika Nabi Muhamamad SAW telah mengerjakan umrah bersama2 sahabat2. Sedang beliau mendirikan khemah utk berehat disatu kawasan di Jakranah (salah satu tempat miqat sekiranya kita mengerjakan umrah) beliau melihat nun jauh disana seorang wanita tua sedang menunggang unta. Maka apabila Rasulullah melihatnya beliau terus berlari mendapatkannya dan sebelum sempat wanita tua itu meletakkan kakinya ketanah dari unta itu, Rasulullah saw menyambutnya lalu mendukung wanita tua tersebut.

Beliau membawa wanita tua itu sambil mendukungnya dan dibawa kedalam khemah beliau. Rasulullah memberikannya minum, mengusap mukanya serta menciumnya dan memberikan layanan yang amat baik kepada wanita tua tadi lalu perbuatan tersebut membuatkan sahabat-sahabat tertanya-tanya siapakah gerangan wanita tua tersebut.

Lalu Rasulullah saw menjawab, wanita tua itu adalah ibu susuannya Halimatun Saadiah.

Beliau berkata lagi sekiranya ditakdirkan ibunya Aminah masih hidup akan aku layan ibuku lebih dasyat lagi daripada apa yang engkau telah lihat.

Begitulah perilaku Rasulullah saw walaupun darjatnya amat tinggi disisi Allah swt dan yang sesempurna manusia yang Allah swt lahirkan apabila berdepan dengan ibu susuannya atau ibunya sekiranya ibunya masih hidup beliau akan memberikan layanan yang terbaik terhadap ibunya.

Daripada sirah ini maka tepatlah bahawa Allah dan Rasulnya menyuruh kita berbuat baik dengan kedua ibubapa kita.

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU KU YANG TERSAYANG…HAJJAH ROHANI MOHD SHARIF…

Semoga hidup mu sentiasa sihat, diberkati Allah, mendapat rahmat Allah, dimurahkan rezeki serta senantiasa bertaqwa kepada Allah swt serta mencintai RasulNya Nabi Muhamad SAW. Amin.
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru bangi
09/05/2010

No comments:

Post a Comment