Oleh itu ditakdirkan Allah swt saya sekeluarga telah hadir dimajlis tersebut dan dihadiri oleh lebihkurang 300 - 400 jemaah. Selepas solat maghrib berjemaah, kami dihidangkan dengan teater yang saya kira menarik dan membantu kita mendalami lagi kisah-kisah perjalanan Islam dan sahabat-sahabat pada ketika lebih 1,000 tahun yang lalu.
Pelakonnya terdiri dari Sabri Yunus dan teater ini dikarya dan diarahkan oleh Dinsman yang mengambil masa 45 minit.
Kisah bermula dengan memperlihatkan waktu itu adalah musim buah tamar sedang rangum dan dalam pada yang sama dipaparkan watak Kaab bin Malik sahabat Nabi yang selalu bersama-sama dengan nabi untuk turut serta dalam apa jua peperangan.
Menurut kisahnya, pada ketika ini, Nabi Muhamad saw telah mngarahkan orang Islam Madinah untuk menyertai Perang Tabuk. Oleh kerana pada masa itu keadaan di Madinah aman dan damai dengan musim tamarnya yang mula berbuah terasa dihati Kaab bin Malik ini berat hatinya untuk menyertai perang pada kali ini.
Dikisahkan semasa persiapan oleh penduduk Madinah untuk berangkat ke Tabuk, Kaab telah mula leka dan lambat untuk membuat persiapan. Ditakdirkan Allah, gerombolan penduduk Islam yang bersiap-siapan itu memulakan perjalanan mereka ke Tabuk. Dalam keadaan itu, Kaab bin Malik leka dan akhirnya beliau telah tertinggal oleh kerana berat hatinya untuk pergi dan kelekaannya.
Setelah selesai Perang Tabuk dan para pejuang Islam kembali keMadinah, Nabi Muhamad SAW telah dapat mengetahui bahawa Kaab bin Malik telah tidak turut serta dalam peperangan tadi.
Apabila itu berlaku Nabi Muhamad saw pun tiadalah menyapa atau menegur Kaab dan ini membuatkan Kaab rasa tertekan. malahan Rasulullah saw telah memberitahu penduduk Madinah untuk memulaukan beliau. Disatu ketika, Rasulullah telah menyuruh isteri Kaab tidak tinggal bersama Kaab.
Kaab bin Malik dibiarkan sendirian selama 40 hari dan disepanjang masa itu hati dan perasaan Kaab hanya Allah lah yang mengetahui...gundah gulana...rasa bersalah...penyesalan yang amat sangat lalu ia bertaubat dan memohon kepada Allah swt diatas kesilapannya.
Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang maka dihari yang ke 40 itu Rasulullah saw telah menerima firman dari Allah yang mana Allah telah menerima taubat Kaab bin Malik.
Maka dengan penerimaan taubat Kaab bin Malik ini oleh Allah swt amat bersyukurlah beliau kerana terlepas dari kemarahan Allah swt dan Rasulnya.
Teater yang menarik yang patutu ditonton oleh semua orang yang ingin mengambil ikhtibar dari peristiwa tersebut.
HJ ROSE ADY HJ RAMLI
Bandar Baru Bangi
No comments:
Post a Comment