Kuliah maghrib malam minggu yang lepas (15/05/2010) di surau AnNur, para jemaah surau telah dihidangkan dengan satu ceramah yang disampaikan oleh Puan Hajjah Hashimah Salleh dari Aman Palestin. Beliau juga telah memenangi Tokoh Malidur Rasul Peringkat Negeri Selangor tahun 2008.
Alhamdulillah kuliah ini turut dihadiri oleh isteri serta anak-anak saya.
Kuliah bermula dengan penerangan dan latarbelakang Palestin atau Baitulmuqaddis yang menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Yahudi serta Kristian. Bumi Palestin bagi umat Islam adalah bumi yang berkat kerana disanalah lahirnya seramai 70 orang nabi dan rasul iatu bumi kelahiran ramainya para anbiya. Ia juga kiblat pertama umat Islam yang mana dikawasan bumi Palestin inilah Nabi Muhammad SAW diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menaiki Buraq dan dari sinilah beliau dimikrajkan kelangit bertemu Allah swt sepertimana yang terdapat dalam Surah Al-Israa, ayat 1;
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Bumi Palestin pula terdapatnya masjid alAqsa. Pada hari ini sedikit demi sedikit bumi Palestin telah terlepas ketangan yahudi laknatullah dan umat Islam telah mulai melupakan bumi berkat tersebut. Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah bandar ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidil haram diMekah dan Masjil Nabawi di Madinah.
Diterangkan juga bagaimana di zaman Rasulullah empayar Islam itu telah berperang menentang tentera-tentera Rom yang diketuai oleh raja mereka ""Hercules" didalam perang Mutah yang mana ketika itu tentera Rom seramai 200,000 orang berperang dengan tentera Islam yang berjumlah 3,000 orang sahaja yanga mana gugur syahid panglima-panglima Islam yang terdiri dari anak angkat nabi iatu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib serta Abdullah bin Rawah yang mana Nabi memberitahu Zaid, ini adalah panji-panji Islam dan sekiranya engkau gugur ambillah oleh sahabat Jaafar bin Abi Talib dan sekiranya Jaafar gugur ambillah oleh Abdullah bin Rawah. Benarlah kata nabi Muhamad saw, ketiga-tiga mereka gugur syahid dengan setiap tubuh mereka terdapat lebih dari 90 tusukan, mata pedang, anak panah yang kesemuanya dari arah hadapan tubuh mereka...menandakan mereka tidak pernah undur dari medan perang disebabkan ketaqwaaan dan keimanan mereka terhadap Allah dan Rasulnya.
Begitu juga Perang Yarmuk dimana tentera Islam adalah seramai 39,000 orang menentang tentera Rom seramai 240,000 yang mana dalam pertempuran sengit itu tentera Islam telah menang dan bertempiaran lari tentera Rom. Apabila Hercules menanyakan kepada panglima perangnya bagaimana tentera Islam boleh menang...maka jawab panglimanya;
"Kita berhadapan dengan sekumpulan tentera yang sebelah malamnya mereka bersolat tahajud sehingga pagi, mereka berpuasa disiang hari dan apabila mereka berperang mereka ibarat singa yang kelaparan"....Allahuakbar!!!
Puan Hajjah Halimah juga menyentuh bagaimana jatuhnya Palestin ketangan tentera-tentera Salib dan ditawan kembali selepas itu oleh tentera-tentera Islam diketuai oleh Sallahudin Al-Ayubi yang menghabiskan hidupnya selama 40 tahun untuk membebaskan bumi anbiya itu. Beliau juga sempat menziarahi salah satu kubu tinggalan Salahuddin Al Ayubi dimana menurut Sheikh yang membawa mereka kesana telah berlaku banjir pada tahun 1974 dimana air-air yang banyak telah menghakis tanah-tanah dibawah kubu tersebut dan apa yang didapati terdapat tubuh-tubuh manusia yang masih segar, dengan pakaian-pakaian yang masih elok dibadan-badan mayat tersebut dan dipercayai mereka adalah mayat para tentera Salahuddin AlAyubi yang mati syahid dan benarlah firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat 169 yang maksudnya;
"Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
Dahulunya Palestin adalah negara Syam yang mana Rasulullah dan bapa saudaranya selalu berulang alik untuk berniaga tetapi setelah kedatangan British telah membahagikan kepada negara Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan.
Ceramah beliau menyentuh bagaimana kesengsaraan orang-orang Palestin yang dikongkong setiap hari dan dibina pula tembok-tembok pemisah untuk menyusahkan serta menindas mereka. Setiap 1 km tembok pemisah ini bernilai USD 1 juta dan sepanjang tembok pemisah ini diletakkan pos-pos kawalan yang jaraknya 400 meter. Sekolah anak Palestin ini hanyalah 50 meter waktu dahulu...tetapi hari ini mereka terpaksa berjalan sejauh 400 meter untuk masuk ke pos-pos tersebut untuk kesekolah dan kebiasaannnya mereka sengaja menutup awal pos-pos ini agar apabila balik sekolah nanti anak-anak ini tidak dapat kembali kerumah mereka dan tidurlah mereka di atas pasir.
Beliau juga menceritakan bagaimana profail pengebom-pengebom berani mati yang terdapat di bumi Palestin. Sebenarnya beribu-ribu memohon tetapi hanya mereka yang betul-betul warak, beriman dan bertaqwa, sering bertahajud malam, hafiz Al Quran dibenarkan oleh majlis tertinggi mereka (dahulunya Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin). Mereka terdiri dari pemuda pemudi belasan tahun dan awal 20an yang rata-rata adalah pakar komputer dan mendapat pendidikan yang tinggi. Diceritakan oleh beliau bagaimana seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang menjadi pengebom berani mati dan bom-bom ini dibeli oleh beliau hasil simpanan beliau bertahun-tahun. Diceritakan bagaimana beliau memandikan anak bongsunya Muhamad Farhan, mengikatkan lilit kain dikepala anaknya yang tertulis Allah dan RasulNya, bersama-sama solat hajat dan sebelum anaknya pergi membisikkan janganlah engkau pulang kerumah dalam keadaan masih hidup. Dan pada keesokkan harinya terdengarlah berita 7 orang askar Israel terbunuh diatas tindakan pemuda pengebom berani mati dikubu Israel. Terdapat juga seorang isteri yang memohon kepada suaminya untuk mati syahid kerana beliau bercita-cita semasa kecil lagi. Suaminya pergi menghantar isterinya melakukan tugas tersebut dan setelah isterinya meletupkan dirinya, suaminya pulang kerumah. Allah menjaga maruah orang-orang yang mati syahid ini dengan diperlihatkan gambar-gambar mereka walaupun kepala wanita itu putus tetapi tudung/hijabnya masih elok menutupi auratnya...Mashallah!!!
Menurut Dr Yusuf Al Qardwi serta ulamak-ulamak ditanah Arab, hanya kematian pengebom-pengebom berani mati di Palestin ini dikira mati syahid kerana mereka dikongkong, ditekan dan tiada pertolongan terhadap mereka.
Kesimpulannnya dapat saya amati berilah bantuan kepada mereka dalam apa jua bentuk pun samada wang ringgit, sokongan dan juga dari segi memboikot barangan mereka seperti Mc Donald, KFC dan sebagainya. Sekurang-kurangnya jadilah kita umpama burung yang membantu memadamkan api apabila Nabi Ibrahim dibakar oleh Firaun dengan membawa air dalam paruhnya yang kecil dan janganlah menjadi cicak yang berusaha menghembus dan menyemarakkan lagi api dipembakaran Nabi Ibrahim as. Wallahualam
Berbanyak terimakasih kepad Puan Hajjah Hashimah Salleh.
Jazakallah Khairan Khatira
Hj Rose Ady Hj Ramli
16 Mei 2010
Bandar Baru bangi.
No comments:
Post a Comment