Assalamualaikum wbt.
Saya selalu mengikuti nukilan Ustaz Rashidy Jamil didalam blognya “Sufifaqir”. Begitupun kuliah-kuliah maghrib beliau di Surau AnNur juga tidak ketinggalan saya ikuti.
Namun begitu saya ingin berkongsi kisah Salman Al-Farisi yang saya ambil dari hasil nukilan beliau blog beliau “Sufifaqir”
Hanya Tongkat, cawan dan serban
Menitis air jernih dari kelopak mata Salman Al-Farisi, sahabat besar Nabi kita yang suci. Menghadapi Sakaratul maut yang menjemput. Menangis dalam tenang. Sedang mereka yang sekelilingnya menangis dalam kehairanan.
Bukankah Salman seorang yang Zuhud?
Pencinta akhirat?
Taqarrub pada Allah.?
Lalu, apakah yang menyebabkan matamu menitiskan air jernih Ya Salman?
Dunia?
Atau bekalan perjalanan ke negeri Akirat yang abadi yang masih belum mencukupi?Atau jawatan Gabenor Kufah yang masih merantai hati?
Atau, atau, atau, atau..atau itu dan ini..?
Tidak! Jawab Salman.Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku yang menyebut :
Maksudnya :
Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir.
(Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya ) :
"Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya!"
Bertanya penduduk Kufah padanya setelah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :
1-Sebatang Tongkat untuk berjalan.
2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.
3-Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian.
Tanya mereka : "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun darimu kecuali keperluanmu terhadap 3 benda ini sahaja.
"Sambil memandang, Salman menjawab : " Itulah yang aku fikirkan! Bagaimana akan aku jawab pada Allah terhadap 3 benda yang aku miliki ini.!"
Subhanallah!
Benar katamu Ya Salman.
Ucapan yang diiringi bukti kebenaran!
Sedang kami ini..memiliki dunia dan isinya walaupun akan ditinggalkan……….
Jazakallah khairan khatira untuk Ustaz Rashidy diatas secebis nukilan beliau ini
Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
11 Jun 2010
No comments:
Post a Comment