Monday, June 28, 2010

PERJALANAN KE SEGAMAT JOHOR – 25/06/2010














Pada 25/06/2010, Jumaat, kami sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah lebihkurang jam 9.15 pagi tetapi terpaksa kembali kerumah kerana terlupa bawa ubat saya. Dalam 9.30 pagi kami berangkat ke Segamat.

Perjalanan melalui lebuhraya dari Tol Bangi dan masuk ke Tol Simpang Ampat kerana hendak cuba perjalanan melalui Tampin, Gemencheh, Gemas dan terus ke Segamat. Mula saja perjalanan melalui jalan biasa, mula pula jumpa kereta yang dalam kategori ”lembab”. Dalam hati saya, ”Ini yang boring ni...” tapi kerana ramai yang menasihatkan untuk mengikut perjalanan melalui Tampin kerana lebih dekat, saya try juga le untuk tidak mengeciwakan mereka yang memberikan nasihat.

Sampai di Gemencheh, perut mula buat hal...apa lagi kita breakfast disebuah restoran yang sedap juga nasi lemaknya.

Meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Segamat dan setelah sampai saya sekeluarga terus melihat kampus UiTM dahulu. Perjalanan menuju ke UiTM tersebut kami melihat kehijauan yang amat banyak kerana dikelilingi oleh ladang sawit.

Setelah sampai kami pun terus menuju ke Bandar Segamat dan menuju ke Hotel VIP dan kami sampai lebih kurang jam 12.45 tengahari. Saya kira perjalanannya mengambil masa selama 2.5 jam sahaja.

Bandar Segamat, bandar yang agak kecil dan kami ronda-ronda untuk makan tengahari lebihkurang jam 3.00 petang dan shopping di bandar Segamat.

Sebelah malamnya keluar makan dan sesampainya di Hotel ada pula skrin besar di Coffe House dan apa lagi kami dapat menonton World Cup diantara Brazil dan Portugal.

No comments:

Post a Comment