Monday, June 21, 2010

MAJLIS-MAJLIS PERKAHWINAN

Telah diatur-atur didalam minda, hari Sabtu ini kami telah dijemput oleh 3 sahabat yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.

Selepas kembali dari rumah allahyarham Hj Sahibon, kami sekeluarga bersiap-siap pula untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan.

Majlis yang pertama, hanya kiranya dibelakang dapur sahaja, iaitu saudara Marzuki. Pertama mengenalinya semasa hadir dimajlis ini. Beliau baru saja menjalani pembedahan “by-pass” jantungnya. Semoga selamat beliau selepas pembedahan ini.

Setelah selesai lebihkurang 20 minit, saya sekeluarga ke Seremban dan selalunya sekarang ni balik keSeremban hanya melalui lebuhraya LEKAS yang jangkamasa dari rumah ke rumah emak lebihkurang 40 minit sahaja.

Perjalanan terus sahaja ke majlis yang kedua, iaitu rumah Nozie di Kg Jiboi Seremban. Nozie merupakan kakak kepada adik ipar saya, Kamarul. Nozie pernah bersekolah sama dengan saya di Sekolah King George V Seremban malahan kami sama kelas di tingkatan 4 dan 5 sekitar tahun 1978 dan 1979.

Dimajlis tersebut kami sekeluarga bertemu juga dengan emak, Eda dan keluarganya serta Azla yang nampaknya orang paling rajin duduk mengawal lauk pauk. Mmmmm susah nak jumpa dia sesibuk tu.

Bertemu juga Pak Cik Zakaria (Old Boys Georgian amat mengenali beliau) yang rumahnya dihadapan khemah majlis perkahwinan tersebut dan kami sekeluarga sempat singgah kerumah beliau berbual-bual bersama isteri beliau.

Setelah itu dalam perjalanan balik singgah sebentar dirumah emak di Taman Paroi Jaya, untuk solat zuhur. Setelah solat kami menuju perjalanan ke Bandar Baru Bangi semula.

Disebelah malam dalam jam 6.50 petang saya dan isteri bersiap-siap bertolak ke Nilai Convention Centre, Nilai untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak lelaki jiran saya iatu saudara Tuan Syed Ibrahim yang rumahnya amat dekat sekali dengan rumah kami.

Pertama kali menghadiri majlis perkahwinan rakan berketurunan “mamak” ni dapat saya lihat keakraban perhubungan mereka dalam satu komuniti yang besar. Menu yang simple iaitu kuah kari, kuah dal, papedum, ayam masak merah dan gulai kambing yang mestinya meruntun selera saya. Alhamdulillah….Sedap!!!

Dalam jam 9.30 malam , kami perlahan-lahan meninggalkan majlis tersebut yang mana terdapat lagi pelbagai acara yang diadakan.

Alhamdulillah…hari Sabtu yang penuh dengan majlis perkahwinan. Semoga yang berkahwin dapat hidup kekal sehingga keakhir hayat dan melayari bahtera perkahwinan dengan penuh sabar, mendapat petunjuk dan hidayahNya

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
13 Jun 2010

No comments:

Post a Comment