Friday, June 18, 2010

SAHABAT YANG MENDAHULUI KAMI….Hj Sahibon

Hari ini , 12 Jun 2010, seawal jam 7.20 telah sampai ke Tan Chong Service center di Balakong. Ingatkan saya orang yang pertama untuk service tapi rupanya dah ada pula 4 ke 5 orang telah menunggu. Picit nombor dapat no 3…ok lah tu.

Sementara menunggu macam biasalah pekena roti sardin kat kedai mamak kat sebelah tu.

Sambil membelek-belek handphone, ada rupanya “missed call” dari jiran Radzi dan saya pun telefon beliau. Kenapalah saya tidak menjawabnya pada petang semalam…kerana berita kematian sahabat saya Hj Sahibon yang rumahnya dibelakang rumah Radzi. Hanya ucapan “Innalillahiwainnalillahirojiuon”.

Isterinya sama mengerjakan Haji bersama saya dan isteri pada tahun 2008.

Selepas sahaja servis kereta dan sampai kerumah lebihkurang jam 10.00 pagi, saya dan isteri bergegas ke rumah Allahyarham Hj Sahibon.

Menurut isteri beliau, allahyarham meninggal dunia semalam, 11 Jun 2010 di Hospital Serdang selepas solat Jumaat dan jenazahnya dibawa pulang kerumahnya pada sebelah petang dimandi serta dikapankan dirumah beliau.

Beliau berumur 64 tahun.

Jenazah beliau sempurna dikebumikan pada malam itu juga oleh ahli-ahli kariah diperumahan kami yang diketuai oleh Ustaz Anas.

Berfikir saya bahawa rezeki saya tidak dapat menziarah jenazahnya walaupun rumah saya dengan rumah beliau hanya 40 meter dari rumah saya dan sekurang-kurangnya boleh bersama-sama mengambil bahagian memandi jenazahnya atau apa-apa yang patut tetapi disebabkan rumah beliau dilorong yang lain maka saya tidak tahu mengenainya. Maghribnya pula saya solat di Surau AnNur dan diikuti kuliah maghrib dan solat Isyak.

Moga Allah mencucuri ruhnya dan ditempatkan beliau dikalangan orang-orang yang solleh dan beriman.

Al-Fatihah

12 Jun 2010
Hj Rose Ady bin Hj Ramli
Bandar Baru Bangi

No comments:

Post a Comment